Friday, February 20, 2009

ANNOUNCMENT!!!!

BLOG INI TELAH BERTUKAR KE BLOG BARU..KINDLY VISIT www.nuurieman.blogspot.com

TQVM..BARAKALLAHUFIKUM!!

Saturday, September 13, 2008

Rumput dan kasih sayang..

Pada suatu pagi di satu sekolah menengah, ada seorang pelajar bertanya pada seorang guru yang sedang mengajar. Ketika itu, guru tersebut sedang menyentuh mengenai kasih dan sayang secara am. Dialog di antara pelajar dan guru tersebut berbunyi begini :

Pelajar : Cikgu, macam mana kita nak pilih seseorang yang terbaik sebagai orang paling kita sayang?. Macam mana juga kasih sayang itu nak berkekalan?

Cikgu : Oh, awak nak tahu ke?.Emmm...baiklah, sekarang kamu buat apa yang saya suruh. Ikut je ye...mungkin kamu akan dapat apa jawapannya.

Pelajar : Baiklah...apa yang saya harus buat?

Cikgu : Kamu pergi ke padang sekolah yang berada di luar kelas sekarang juga. Kamu berjalan di atas rumput di situ dan sambil memandang rumput di depan kamu, pilih mana yang PALING cantik tanpa menoleh ke belakang lagi walaupun sekali. Dan kamu petiklah rumput yang PALING cantik yang berada di depan kamu tersebut dan selepas itu bawa balik ke kelas.

Pelajar : Ok. Saya pergi sekarang dan buat apa yang cikgu suruh.
Apabila pelajar tersebut balik semula ke kelas, tiada pun rumput yang berada di tangannya. Maka cikgu pun bertanya kepada pelajar tersebut.

Cikgu : Mana rumput yang cikgu suruh petik?

Pelajar : Oh, tadi saya berjalan di atas rumput dan sambil memandang rumput yang berada di situ, saya carilah rumput yang paling cantik. Memang ada banyak yang cantik tapi cikgu kata petik yang paling cantik maka saya pun terus berjalan ke depan sambil mencari yang paling cantik tanpa menoleh ke belakang lagi. Tapi sampai di penghujung padang , saya tak jumpa pun yang paling cantik. Mungkin ada di antara yang di belakang saya sebelum itu tapi dah cikgu cakap tak boleh menoleh ke belakang semula, jadi tiadalah rumput yang saya boleh petik.

Cikgu : Ya, itulah jawapannya. Maknanya, apabila kita telah berjumpa dengan seseorang yang kita sayang, janganlah kita hendak mencari lagi yang lebih baik daripada itu. Kita patut hargai orang yang berada di depan kita sebaik-baiknya. Janganlah kita menoleh ke belakang lagi kerana yang berlaku tetap dah berlaku. Dan semoga yang berlalu tidak lagi berulang. Jika kita berselisih faham dengan orang yang kita sayang itu, kita boleh perbetulkan keadaan dan cuba teruskan perhubungan tersebut walaupun banyak perkara yang menggugat perhubungan tersebut. Dan ingatlah orang yang kita sayang itulah kita jumpa paling cantik dan paling baik pada MULAnya walaupun nak ikutkan banyak lagi yang cantik dan baik seperti rumput tadi. KECUALILAH jika perhubungan tersebut tak boleh diselamatkan lagi, maka barulah kita mulakan sekali lagi. Maka sayangilah orang yang berada di depan kita dengan tulus dan ikhlas. Maka, bersyukurlah dengan kasih-sayang yang kau terima pada hari ini, kerana jika kau meninggalkannya, mungkin kasih sayang itu tidak akan kembali seperti sediakala.

Sedarlah wahai insan, kasih sayang ALLAH itulah yang paling hakiki, jika kau memalingkan dirimu dari kasihnya, maka kamulah serugi-rugi manusia.

" adakah benar semua ini?"

" huh..bosannya nk habiskan helaian buku ni..dh naik ngantuk dah..bila la nk hbs study ni?.." keluhan kecil dari hati seorang siswi.Adriana terus melayangkan fikirannya sambil mata tertumpu pada sebaris ayat.." The Hindus believe on the existence beings just like Greek and Sufis.Existences being are but one.." Diulangnya berkali-kali namun sentence tu xdpt difahami..
"Ish..geram aih.Xmsuk aku stdy ni..nape la pyh sgt nk fhm..nanti la aku baca..dh letih!" ..Tiba-tiba ada message masuk..tet..tet..tet..Terdetik di hati " jgn suruh ak g meting sudah..xlarat ni.."

" Askm..apa khbr? shat ke?lama xdgr cite..nk mtk maaf atas segala apa yang sy dah lakukan pada awk..harap awak maafkan.." Aik..nape tiba2 ja p.cik ni msg mcm ni..confius aku?? Mmg mcm chipsmore..sekejap ada sekejap xdak.. Nape dia msg aku plak ni..dh lama dia menghilang..

Adriana memberanikan diri menggerakkan jarinya.." salam..alhmdulillah sht.Dnt wori awk xde salah apa2..sy dh maafkan segalanya.." ish2..pelik jgk nape perlu aku kata cm tu ek? biarla.sedapkan hati dia udah la.. Adriana bangun untuk mengambil lap top..nk dgr halwa telinga jap..Fikiran Adriana tertumpu pada saudara tdi..Dia termenung seketika.." dia kembali muncul dalam hidup aku!!! " Ahh.. xnk lah..dia ni main2 sgguh!!Dulu pernah aku meletakkan harapan padanya..tapi aku takut hanya aku yang merasai perasaan kasih dan sayang itu.. Adriana terkenangkan kelemahan dirinya.." Aku ni bukan nya segak mcm org lain pon..xpyh la berangan lebih2..tgk pengalaman lepas..ditinggalkan mcm tu ja..nk ulang lgi ke?.." Adriana membiarkan dirinya diakluki perasaan sedih mengenangkan nasibnya..

Hari demi hari, saudara tersebut menghantar msg kepadanya..Huh..sedikit sebanyak Adriana melayan msg2 tersebut..Nape ni?? dia pun keliru dengan setiap respon terhadap si dia..entah kenapa adriana mudah percaya dan yakin dengan setiap kata2 yang terungkap oleh nya..adakah disebabkan factor family??rupa2nya hati adriana telah ditakluki.a.Dia tersentak lalu beristigfar.."astagfirullah"....

"Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung dengan Engkau dari kepapaan, kekurangan dan kehinaan. Dan aku berlindung dengan Engkau dari aku menganiaya atau dianiaya
Ya Allah, sesungguhnya aku mohon kepadaMu akan sesuatu kehidupan yang bersih, kematian yang lurus (wajar) dan kembali dengan tidak ada mendapat kehinaan dan cacat cela.
Ya Allah, tunjukkilah aku ke arah sebaik­baik akhlak tidak ada yang dapat menunjuki ke arah yang sebaik­-baik akhlak kecuali Engkau. Dan palingkanlah aku dari kejahatan akhlak itu, yang tidak akan ada yang dapat memalingkannya daripadaku akan kejahatan kecuali Engkau sahaja
Amin..

Adriana tunduk berlinangan air mata....- to be continued-

Thursday, September 11, 2008

Fasa 2- " Indahnya Ramadhan"


Hadir mu membawa sejuta pengharapan..

Harapan untuk kali ini lebih sempurna dari semalam..

Sujud syahdu di halaman rindu..

Mendamba keampunan dari MU..


Aku tahu siapa aku..

Hanya hamba yang lesu lagi kaku..

Ku temui Ramadhan peluang terbaikku..

Menakung taubat dalam kolam keinsafan dulu..


Bila dahi bertemu sejadah,

Terasa kasihnya Yang Maha Esa

Dalam sujud keningan malam..

Menagih keampuanan dari ILAHI..


Ya ALLAH.

Hamba ini berdoa kepada MU..

Tetapkanlah iman hambaMU ini..

Berilah petunjuk yang agung..

Agar bisa diri ini taat kepada MU….

Monday, August 18, 2008

hanya tinggal kenangan...








Dah lama xmenulis dalam blog ni..busy sikit.Alhamdulillah baru habis melaksanakan pgram agak besar anjuran tenure kami, IRKHS'S 07/08.Berkonsepkan intelektual ISLAM,maka prgram tersebut di namakan ISLAMIC INTELLECTUAL ISLAM 2008 ( IID 08) Bbermula pada 4 ogos sehingga 17 ogos 2008..Ada 7 subpgram under IID ni..ada Opening ceremony&sharing moment with DR IRFAN KHAIRI " JUTAWAN MUDA INTERNET", Islamic Finance Exhibition yang melibatkan Bank Muamalat, Takaful Ikhlas, Etiqa Takaful, Ar-Rahnu, dan Bank Islam. Then, ada Forum GENIUS yang mengupas tentang isu Sufiah..Best:) Prgram yang di tunggu2 ialah PRE MARRIAGE COURSE..Ha, yang ni paling ramai participant..alhmdulillah..Minggu seterusnya diserikan degan Islamic Ethic Campaign, Forum on PTPTN (hangat habis malam forum tu!!), Workshop on Faraidh((penglibatan dari IPTA&IPTS lain) dan semalam adalah Closing ceremony& Islamic Cultural Night..Artist semalam MESTICA..ada jgk dikir Acheh, dikir barat and Tromba..ada jgk ipt lain datang semalam..meriah sungguh:)

Sayu hati semalam bila tgk multimedia presentation yang mengimbas kembali kenangan2 waktu bekerja..Banyak benda yang ana dapat sepanjang menerajui pimpinan IID 08.. Bercakap memang senang, nak melaksana sesuatu yang sukar..Tu sebab ALLAH dh tegaskan dalam surah As-Soff:2-3 " Wahai orang-orang yang beriman!!Mengapa kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan? (itu) sangatlah dibenci di sisi ALLAH jika kamu mengatakan apa-apa yang tidak kamu kerjakan." Takut bila dengar amaran ini..tapi sejauh mana penghayatan kita?? Astagfirullah..kala hati ribut dengan dunia,kita leka seketika.. Ada air mata mengalir di tengah kesedihan, ada senyuman terukir di tengah kegembiraan, ada keringat menitis di tengah kegigihan..maka ada kejayaan yang datang di tengah kesabaran..

Buat shbt2 seperjuangan,syukran atas segala jasa&pengorbanan semua..Segala suka dan duka kita bersama, akan menjadi sebuah memori yang terindah..Jutaan kemaafan di pohon, andai selama ana menerajui pimpinan IID banyak kekurangan dan kelemahan.. Sahabat.. ada ketika seseorang ISLAM itu di uji..hatinys direngut puncak kesabaran..namun dia tak akan mungkin cepat melatah.. dijatuhkan dirinya dalam rengkuhan KETAATAN pada RABBnya..menyulam air mata PENGHARAPAN..Dalam sujud yang tulus, dia mula menjahit kembali sejadah IMAN yang kian terkoyak..bebenang yang lusuh itu menjalin kekuatan buat dirinya untuk kembali bangkit menyatu dalam CINTA kepada RABBnya..Sungguh indah perilaku yang lahir dari ketulusan..:)
YA ALLAH..Engkau menyaksikan segala perilaku kami..atas niat suci, kami bekerja demi AgamaMU..tautan keikhlasan dan keredhaan kami bersatu,semoga langkah kami tidak terhenti dan kaku..semangat kami tidak lesu..dan semoga jambangan ukhhwah kami tidak layu sebagai bekalan bertemu ALLAH yang satu..







Friday, August 15, 2008

today...

Alhamdulillah sempat jugak menghabiskan "Sayyidul ayyam" hari ni..Nikmat tu...Yang paling best hari ni dapat tolong shbt2 se"kampus" untuk install wireless free..Macam-macam karenah laptop-laptop yang ana hadapi.."dia" pun nak layanan jugak kadang-kadang..mau x nye, sampaikan ada yang umpama penternak "virus" yang berjaya.:) Merajuk la laptop tu..x dijaga dan x dibelai.."dia" pun cam kita jugak.Nak manja2.. Dalam kekalutan tadi, ana terfikir seketika, berbaloikah universiti bagi free wireless untuk semua? " Baloi lah..kan itu tanggungjawab pihak atasan untuk mnyediakan perkhidmatan dan menjaga kebajikan students.." "Xpatut betoi bagi students free wireless!depa bukan nak hargai sangat pun..Gheja bukak friendster dan My space.." macam-macam jawapan menerjah fikiran ana tdi..So, macam mane ye?? Bila dah tenang sikit, hati ana terdetik..Manusia ni x pernah nak hargai benda di depan mata..Kalau hilang dari pandangan mata baru nak gelabah..Betoi x? CHECK BALIK DIRI KITA...

Aku ingin ENGKAU tahu..



Kala aku jejaki kehidupan ini
Tersentak aku dari lamunan..
Masih banyak ruang kosong yang ku tinggalkan
Lalu aku cuba penuhinya dengan sejuta impian dan pengharapan..

Kiranya nanti impian itu membahagiakan
Aku ucapkan syukur kepada MU Ilahi
Kiranya nanti impian itu mengecewakan
Aku pasrah kepada MU Rabbul 'Izzati..

Namun yang aku pasti...
Tiada kebahagian yang tidak disulami kekecewaan
Tiada kemanisan yang tidak disulami kepahitan
Tiada ketenangan yang tidak disulami kekocakan

Dan hakikat ini menyedarkan aku..
Usaha hadapi hari mendatang dengan susun atur berstrategi..
Dan tawakal pada ALLAH andainya bahagia yg ingin dimiliki..
Agar tabah dalam menggapai impian abadi....